OKTOBER 2023

Belia 18 Diberi Peluang Suarakan Aspirasi Di Konvensyen Khas PBB


KUCHING: Sayap Pergerakan Belia 18 akan menghadiri Konvensyen Khas Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di Dewan Tan Sri Stephen Kalong Ningkan, Betong, Ahad ini.

Sayap Belia 18 Parti PBB terdiri daripada mereka yang berumur 18 hingga 28 tahun merupakan sayap terbaharu parti itu.

Timbalan Yang di-Pertua Parti PBB, Datuk Amar Douglas Uggah berkata, semua 14 cawangan Parti PBB di zon itu akan menghadiri konvensyen khas sempena perayaan 60 Tahun Sarawak Merdeka.

“Pergerakan Belia akan menjadi antara 1,500 perwakilan yang akan menghadirinya,” katanya yang juga pengerusi konvensyen khas itu.

Uggah berkata, pergerakan itu akan diberi peluang menyuarakan pandangan, aspirasi dan inspirasi serta menyertai perbincangan resolusi.

Katanya, Premier Sarawak merangkap Yang di-Pertua Parti PBB, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg akan merasmika  konvensyen itu.

Sementara,  Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Sebuyau Datuk Julaihi Narawi akan membentangkan resolusi manakala ADUN Layar, Datuk Gerald Rentap Jabu sebagai penyokong.

Sumber dari : Jiwa Bakti